Sunday, 27 November 2011
Jom Bunuh Syaitan!!!
Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematin isteri akibat penyakit kronik.
Kemudian datang beberapa tawaran dari orang tertentu menawarkan beberepa perempuan untuk
dijadikan isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula
memandangkan anak -anaknya sudah besar malah tinggal jauh di Bandar dan tiada orang yang akan
menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.
Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam- dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin.
Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampong maka dia
pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun.
Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain.... ...
Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti kuliah agama yang sering
diadakan secara mingguan dengan pesyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut.
Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya
dalam kuliah tersebut. "Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/ bersetubuh
kannn abang kann dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat
pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan". Kata si suami "yerr kerr.
Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai utuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg" sambil ketawa.
Isteri hanya tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian, siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". "tak pe...tunggula malam".
Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami diam sambil mengangguk lemah.
Esoknya siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".
Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........
"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment