.
Sunday, 12 February 2012
Tuesday, 13 December 2011
Dialog Si Anak Dan Si Bapa
Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada bapanya yang tidak
pernah bersekolah.
Jamil: Ayah, tadi saya dimarah oleh cikgu!
Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil?
Jamil: Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu.
Ayah: Apa yang cikgu tanya?
Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya Washington.
Ayah: Itupun kamu boleh tak tahu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu benda, jangan lupa di mana tempatnya!
pernah bersekolah.
Jamil: Ayah, tadi saya dimarah oleh cikgu!
Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil?
Jamil: Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu.
Ayah: Apa yang cikgu tanya?
Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya Washington.
Ayah: Itupun kamu boleh tak tahu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu benda, jangan lupa di mana tempatnya!
Nak Citer Pown Malas
Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.
Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”
Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,
“Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.”
Badly Broken English
Seorang pemandu yang berbosskan org putih dari Amerika sedang membawa bossnye.. tiba-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia
telah menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dari boss nya… .:
Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again. (maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayarnya tak ada bunganya lagi)
Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya… Kata pemandu tersebut:
Pemandu: Don’t enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the children fruit from manager moneys, he stupid doesn’t play! Let he taste.
(Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalo tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main… Biar dia rasa)
Besoknya si pemandu tak masuk kerja, lusanya, bila dia masuk kerja, si boss orang putihnya bertanya:
Boss : Why didn’t you come to work?
Pemandu : I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind. (maaf boss, badan saya tidak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)
Sewa Hotel Mahal
Seorang pelancong singgah di sebuah hotel pada tengah malam. Pelancong itu meminta pekerja hotel memberikannya sebuah bilik katil single.
Tiba-tiba pelancong itu terlihat seorang gadis cantik dan seksi di lobi hotel. Dia meminta diri dari pekerja hotel untuk bertemu gadis tersebut. Setelah beberapa minit, pelancong itu datang bersama gadis cantik dan seksi dalam dakapannya.
“Saya sungguh gembira bertemu isteri saya di sini,” katanya kepada pekerja hotel. “Saya nak bilik katil queen size”.
Keesokannya, pelancong tersebut pergi ke kuanter untuk membayar sewa hotelnya. Dia sunnguh terkejut kerana sewa hotel itu sebanyak RM3000. Dengan perasaan marah dia menengking. “Baru 1 malam aku di sini, kenapa terlalu mahal?”.
“Betul, tuan baru 1 malam, tetapi isteri tuan sudah 7 malam menyewa di sini”, kata pekerja hotel kepada pelancong. Dengan perasaan malu, pelancong itu membayar menggunakan kad kreditnya.
Menantu Bill Gates
Bapa: Ayah mahu kahwinkan awak dengan gadis pilihan ayah
Anak: Tapi ayah saya sudah ada pilihan saya sendiri
Bapa: Tapi gadis ni anak Bill Gates
Anak: oo kalau camtu oklah!
Kemudian bapanya berjumpa Bill gates
Bapa: Saya ada calon suami untuk anak gadis anda
Bill Gates: Tapi anak gadis saya terlalu muda untuk berkahwin
Bapa: Tapi anak muda ni bakal Vice president Bank Dunia
Bill Gates: oo kalau camtu oklah!
Akhirnya Bapa pemuda tersebut berjumpa dengan Presiden Bank Dunia
Bapa: Saya ada calon untuk Vice President Bank Dunia
Presiden Bank Dunia: Tapi saya sudah ada calon untuk Vice President
Bapa: Tapi calon saya ni adalah menantu Bill Gates
Presiden Bank Dunia: oo kalau camtu oklah!
Hoho, This is how business is done!
Subscribe to:
Comments (Atom)




